Sobella Edisi Raya 2019

Cantik jelita Puteri Santubong,
Apakan daya menjadi gunung.
------

Walinong Sari pandai bertarung,
Lawan jadi cinta Sang Raja Mambang.
-------

Mahal cinta Puteri Gunung Ledang,
Permintaan diturut cinta tak dimenang.
--------

Luluhnya hati, Mahsuri dituduh curang,
Darah putih bukti kebenaran.
--------

Cantik dan bijak Cik Siti Wan Kembang,
Wanita berkepimpinan lambang keunggulan.




SOBELLA EDISI RAYA 2019

Didatangkan 5 jenis warna yang mewakili 5 negeri puteri dalam Malaysia. Tema edisi raya tahun 2019 sangat berbeza dengan tahun sebelum ini yang berkonsep epik.

Bezanya dari segi pemilihan tema yang rasanya sangat epik, packaging dia dan pemilihan warna yang aummm.

Kalau nak tahu, anis pun tak pernah tahu siapa dia Walinong Sari dengar pun tak pernah. Inilah dia sejarah melayu pun tak lepas lagi, ceteknya ilmu sejarah. Kalau cikgu sejarah tahu menangis rasanya.

Setiap puteri ni sebenarnya ada cerita tersendiri dan mewakili 5 negeri iaitu

1. Walinong Sari (Pahang)
2. Cik Siti Wan Kembang (Kelantan)
3. Puteri Gunung Ledang (Johor)
4. Mahsuri (Kedah) 
5. Puteri Santubong (Sarawak)

Siapa yang nak feeling ala-ala puteri cepat dapatkan lipmatte Sobella edisi raya ni ok.

Warna sangat menarik jangan cerita lah. Hari-hari tengok confirm tergoda. Untuk edisi kali ni anis ambil kod Mahsuri. Jadi semoga cantik seperti Mahsuri.

Pengalaman anis sendiri guna lipmatte Sobella ni memang rasa ringan je, macam tak pakai lipmatte je. Bau pun wangi, bau honeydew tak bau macam kimia.

Kalau anis kongsi cerita macam ni awak semua percaya ke? Kalau tak percaya senang aje beli seketui dulu lipmatte Sobella lepas tu boleh up review produk ni.

Brand Sobella ni produk tempatan produk orang kita Malaysia. Jangan risau produk ni bukan timbang kilo dan sebagainya.

Dalam lipmatte Sobella ni terdapat kandungan madu lebah yang merawat masalah bibir kering dan bau juga harum bau honeydew part ni yang saya suka.

Warna edisi Sobella Raya tahun 2019

1. Walinong Sari


2. Cik Siti Wan Kembang


3. Puteri Gunung Ledang


4. Mahsuri


5. Puteri Santubong


Haa pe rasanya macam dah terkenan je tu. Ada 5 pilihan warna. Ikut suka hati nak calit satu warna setiap kali guna atau boleh mix kan. Untuk pengetahuan kalau mix pun melecun juga.

Jadi anis belanja gambar sikit bagi terbuka hati berbunga-bunga ya.






Bagi yang berminat boleh dapatkan dengan segera sebab brand ni dah viral. Asal lambat je habis. Kalau nak order boleh terus KLIK DI SINI

Packaging Sobella sekarang ni ada 2 jenis saiz.


Mommy Sobella RM 38 (sm) / RM 42 (ss). Baby Sobella RM 19 (sm) / RM 22 (ss). Packaging ni bermula untuk edisi raya 2019. Bagi edisi sebelum ni iaitu Sobella 5.0 ada pack normal sahaja.

Ok semua jika berminat boleh dapatkan segera sebelum kehabisan. Keep positive puasa sebulan, raya pun sebulan.


0 Comments