Aidilfitri 2019



Selamat Hari Raya Aidilfitri 
Maaf Zahir & Batin

Ucapan tulus ikhlas dengan hati sesuci lebaran kepada yang mengenali dan follow anis.

Lewat sikit nak ucap al maklum la sibuknya kalah perdana menteri. Tapi tak mengapa raya sebulan jadi valid aje ucap lewat sikit.

Bulan baik ni berbanyak ler insof atas kekhilafan yang kita buat kat orang lain tau. Jangan dok asik mengenang perbuatan orang pada kita aje, yang buat salah pada kita tu doa pada Allah supaya mereka berubah dan kita pula dilembutkan hati supaya dapat memaafkan mereka dan berlapang dada.

Betul lah paling mahal sekali nak minta maaf. Adui membebel aje kan. Pendek cerita bermaaf-maafan dan ziarah menziarahi saudara mara kita. Sebab belum tentu dapat jumpa lagi untuk tahun hadapan.

Hargai masa yang ada jangan sia-siakan tau. Sebab tu asyik rasa masa cepat meninggalkan kita. 

Rutin biasa bila hari raya anis macam biasa aje ziarah rumah saudara terutamanya saudara yang sudah uzur tu kan, ziarah kubur waris dan kumpul duit raya. Kalau bab kumpul duit raya sekarang ni untuk anak-anak ajelah.

Nak pesan dapat duit raya menimbun tu sila lah simpan dalam bank, kalau nak guna sangat gunalah dalam 5% je dari total duit yang dapat. Sekarang pun dah banyak tempat nak simpan kat mana pilih je. Boleh simpan di Tabung Haji, SSPN, ASB dan sebagainya.

Bulan syawal selalunya sekali setahun. Lepas cuti seminggu kita sambung kerja lah. Kerja online aje, kerja yang dipandang sepi. 

Kerja tapi macam tak kerja je kalau tengok gitu-gitu. Dah tu asyik menghadap henset aje kan mana datangnya duit, kalau kerja makan gaji hari-hari keluar bekerja lepastu cukup bulan dapat gaji. Tapi kalau amati pulun tau nak dapat rm1. Hanya yang mengerti saja.

Hargailah semua orang, tak kisahlah dia kerja di rumah atau keluar bekerja. Semua merasa penat badan dan penat otak. Confirm bila kita menghargai orang pasti orang lain juga buat begitu pada kita semula.

Sama-sama berusaha dan hasilnya pasti insyaAllah. Jangan dibandingkan pula dengan penatnya, usahanya, senangnya si dia dan bla bla bla.

Syukur alhamdulillah.
Syukur alhamdulillah.
Terima kasih ya Allah.

Salam Syawal ikhlas dari Anis. Sebarkan ❤



0 Comments