Menu bersahur

Ramadan tiba..Ramadan tiba lagi, bagi love sikit. Alhamdulillah jumpa lagi bulan mulia penuh rahmat ni.

Sesi imbas kembali lah sikit ya. Selalu masa kecil dulu, mak anis lah yang akan bertungkus-lumus siapkan makanan baik sahur atau berbuka. Anis tolong kacau-kacau dan hidang aje.

Bila dah besar sikit barulah keinsafan tu datang. Tapi bila dah kahwin, duduk rumah sendiri lagi insaf. Haha yang membaca tu mesti teringat kembali korang punya pengalaman kan.

Pengalaman bersahur kali ni best sikit. Sekarang ni masih nyusu badan lagi, ibu-ibu yang menyusu badankan anak mereka mesti paham akan cabaran yang dihadapi sekiranya nyusukan anak ketika puasa.

Satu hari terlajak nak bangun sahur. Mak aii terjaga pukul 6pagi je tapi pendek cerita memang sahur tak dapat.

Siang harinya anis flat juga lah, kerja rumah jalan juga, masak dan lah satu lauk (cukuplah satu lauk kan makan berdua aje) dan ditambah dengan nyusu badan. 

Sangat mencabar tapi alhamdulillah, Allah berikan semangat dan kudrat sehingga berbuka.

Done sharing terlajak sahur. Jadi semua anis sebenarnya nak share kan menu simple turun menurun yang popular semasa bersahur.

Perhatian mommies boleh lah tengok dan ambil idea menu yang simple untuk seisi keluarga.

Menu Popular Semasa Bersahur

 Telur dadar

 Telur masak kicap

 Ikan bilis goreng cilipadi

 Roti bakar telur goyang

 Oat tambah susu 

 Sambal telur

Sambal ikan kurung

Nampaknya makanan berasaskan telur lebih popular semasa bersahur. Kalau tak percaya pergi pasaraya mesti telur habis sebab apa? sebab semua pakat beli telur. 

Telur ni kan sumber protein selain ayam dan ia mudah disediakan tidak mengambil masa yang lama untuk sediakannya.

Selamat mencuba dan Salam Ramadan Al Kareem ❤.

0 Comments