Hari Kesedaran Autism


Autisme ialah satu bentuk gangguan perkembangan yang biasanya bermula sebelum kanak-kanak mencapai umur 3 tahun. Ianya berlaku sepanjang hayat dan menjejaskan interaksi sosial, komunikasi dan fleksibiliti pemikiran, imaginasi serta kelakuan.
‘Sindrom Asperger’ adalah nama lama untuk masalah Autisme sedikit (mild Autisme).
‘Sindrom Asperger’ adalah keadaan di mana kebolehan intelektual dan perkembangan bahasa kanak-kanak adalah normal, namun kanak-kanak tersebut mengalami kesukaran bersosial, komunikasi dan mempunyai minat terhadap sesuatu perkara.

Apakah yang menyebabkan Autisme?

Punca sebenar tidak diketahui, namun faktor-faktor genetik dan persekitaran telah dikaitkan dengan Autisme.

Autisme bukanlah disebabkan oleh suntikan vaksin Measles, Mumps atau Rubella (MMR), tindakan atau pengabaian ibu bapa ataupun kesilapan yang dilakukan ibu semasa mengandung.

Bagaimanakah seorang kanak-kanak disahkan menghidap Autisme?

Jika anda bimbang bahawa anak anda mungkin mempunyai Autisme, berjumpalah dengan pakar psikiatri remaja atau kanak-kanak.

Para doktor akan menemuramah ibu bapa mengenai tingkah laku dan kemahiran yang boleh dilakukan atau tidak boleh dilakukan serta memerhati dan menilai kemahiran perkembangan kanak-kanak tersebut.

Ciri-Ciri Autism

⚀Interaksi Sosial

●Kurang hubungan mata, tidak mempedulikan atau mengabaikan orang lain.
●Bermain seorang diri meskipun terdapat teman sebaya di sebelah.
●Tiada tumpuan serentak (joint attention) – tidak berupaya mengikuti lirik pandangan mata orang lain serta lewat mengalihkan perhatian.
●Sukar menunjukkan rasa empati,simpati dan kasih sayang.
●Sukar untuk berkawan.
●Tidak memahami peraturan dan tingkah laku sosial.
●Kurang keinginan untuk berkongsi minat dan perasaan dengan orang lain.

⚀Komunikasi

●Ketidakupayaan berkomunikasi secara bukan lisan. Contohnya; lambat mengangguk.
●Pertuturan serta kefahaman bahasa yang lewat serta terjejas.
●Kanak-kanak yang mampu bertutur asyik bercakap tentang satu perkara sahaja.
Echolalia (mengulangi kata-kata atau frasa walaupun di luar konteks).
●Kesukaran mengekalkan perbualan dan mengikuti arahan kompleks.

⚀Bermain

●Kurang daya imiginasi dan tidak dapat memainkan watak simbolik.
●Sesetengah kanak-kanak ada daya kreativiti namun pola permainan adalah terhad dan berulang-ulang. Contohnya; bermain LEGO.
●Kesukaran menuruti peraturan dalam permainan.
●Kesukaran mengajuk atau meniru.


Ahli keluarga mungkin akan berasa tertekan sebaik sahaja kanak-kanak disahkan Autisme.

Ramai adik-beradik berasa terpinggir apabila ibu bapa perlu menghabiskan banyak masa dengan anak yang terjejas.

Jelaskan kepada adik-beradik apa itu Autisme, dan libatkan mereka dalam perbincangan dan aktiviti bersama. Khidmat kaunselor boleh didapati di beberapa pusat untuk membantu adik-beradik yang tidak dapat menangani keadaan ini.

Syukur dengan amanah yang diberikan kepada mommy dan dady. Bila sebut pasal ilmu parenting ni tak ada hujungnya, jadi teruskan belajar dan baiki.

Semoga berjaya.


x

2 Comments

  1. Hebat mereka yg ada anak autism. Salute sgt dgn ketabahan dorang membesarkan anak autism. Btw, tq info 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup mereka juga manusia biasa inginkan penghargaan.

      sama😊

      Delete