" Anak saya tu lasak lah, risau nak bawa rumah orang takut menggangu pulak, lagi takut kalau terjatuh kan barang orang ke rosakkan barang orang ke? Tak ke parah nanti " - Ibu Risau & Takut
" Si abang tu buas lari sini lari sana, susahlah nak jaga, susah nak bawa ke mana-mana " - Ibu Takut Susah
Biasa je kan dengar ayat perbualan seperti di atas. Mommy dady takmau cakap macam tu paling tidak pun kurangkan dan kawal percakapan anda.
Bermain adalah pekerjaan anak.
Betul kan?
Mommy dady bebel lah banyak mana pun anak-anak tak pernah puas dan jemu. Tiada erti penat atau takut nak cuba dan main lagi.
Bermain adalah pekerjaan anak.
Betul kan?
Mommy dady bebel lah banyak mana pun anak-anak tak pernah puas dan jemu. Tiada erti penat atau takut nak cuba dan main lagi.
Ada juga di kalangan mommy dady yang masih layan main game juga kan. Hihi siapa makan cili dia terasa pedas. Tiba-tiba rasa adil je dibiarkan anak bermain.
Biasakan mommy dady lihat anak lepas jatuh akan menangis sebab rasa sakit, tak lama lepas tu dia main balik dengan cara yang sama atau cara yang lebih ekstrem.
Bagi anis boleh aje bagi anak main cuma mommy dady kena perhati apa yang sedang anak main dan paling penting sekali sentiasa peka akan hazard yang menanti.
Sebenarnya banyak permainan yang boleh merangsang sensori, daya imaginasi, kebolehan menyelesaikan masalah, daya tumpuan atau fokus anak, kemahiran motor anak dan sebagainya.
Apa maksudnya perkembangan motor tu?
Maksudnya proses yang diperlukan bagi membentuk cara melakukan sesuatu pergerakkan. Ia merupakan perkara asas dalam perkembangan anak kecil.
Ada 2 jenis iaitu perkembangan motor halus dan motor kasar.
Kemahiran motor halus melibatkan pergerakkan manipulatif yang memerlukan anak mengawal pergerakkan tangan dan kaki. Sebagai contoh anak melambai, mengengam dan melepaskan barang.
Manakala kemahiran motor kasar pula melibatkan aktiviti yang menggunakan otot dan anggota badan anak secara aktif. Contoh aktiviti seperti meniarap, berguling, melompat, merangkak dan sebagainya.
Aktiviti lain yang melibatkan kemahiran motor kasar ialah kebolehan anak untuk berpaut, berjalan dengan stabil semasa meniti, memanjat dan berlari.
Tak perlu mainan yang berharga mahal, cukup anak mendapat manfaat bagi sesuatu aktiviti atau permainan yang dilakukan. Jangan lupa aktiviti outdoor juga perlu didedahkan kepada anak.
Mainan yang Merangsang Kemahiran Anak
Jenis mainan merangsang kemahiran motor dan kemahiran berfikir anak yang boleh anis cadangkan kepada mommy dady beri pada anak. Sambil main dia boleh belajar insyaAllah.
Nanti mommy dady boleh cuba aktiviti-aktiviti seperti di atas ya. Pembelajaran anak-anak bukan hanya pada buku aje.
Aktiviti ni semua boleh dilakukan bersama anak-anak selain mereka boleh belajar dalam masa yang sama dapat mendekatkan bonding di antara mommy dady dengan anak.
Haa best kan gitu, happy pun dapat ilmu pun dapat tau. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika ada sebarang perkongsian boleh drop bahagian komen. Terima kasih 😊
24 Comments
reading this kinda give me idea on what to give my nephew for his birthday next time. haha nisa nak belikan mainan, tapi nak something yang benefit dia jugak. he will turn 2 next year. so nak bagi benda yang ada unsur pembelajaran gitu.
ReplyDeletebetul2..ada banyak juga mainan yang boleh beri manfaat kepada anak tersebut.
DeleteAgree........ kids just love to play. That is why parents need to chose educational toys for children's. Thank you for sharing this post. Have a good day and take care.
ReplyDeletethanks, you too takecare and have a nice day
DeleteI absolutely agree that kids learn through play. As children play, they learn to solve problems, to get along with others and to develop the fine and gross motor skills needed to grow and learn.
ReplyDeleteSetuju sangat. Anak-anak ni dia banyak belajar dari cara bermain kan.
ReplyDeleteCuma kita as a parent kena tengok la apa yang dilakukan tu. Pantau tu perlu..
Macam kita, setakat ni ada je belikan semua permainan tu untuk pembelajaran mereka..
yup betul2, main apa saja janji anak boleh belajar sesuatu. Kalau rajin boleh DIY juga
DeleteBest bila tengok anak² leka bermain..tp pemantauan kena jugak sebab kadang tu kita tak perasan tangan si comel cepat je mencapai sesuatu. Minda anak² lebih cepat 'bekerja' bila mereka melakukan sesuatu
ReplyDeleteyup...main sama-sama pun bagus juga dan palingggg best sekali boleh eratkan bonding bersama anak 😊
DeleteBETUL WALAUPUN KITA TAK ADA ANAK TAPI KITA PERNAH BACA BAHAWA DUNIA MEREKA ADA DUNIA PENGEMBARAAN SEMUA PERKARA YANG NAK DICUBA KERANA ITU ADALAH ILMU BERGUNA KEPADA KANAK-KANAK...
ReplyDeletekannn..kita dulu pun budak juga, tak percaya cuba tanya mak ayah kita macam mana kita dulu masa kecik2
DeleteTerima kasih atas tips. Anak2 nak bermain itu dibolehkan tapi perlu pengawasan orang dewasa supaya mereka tidak mengganggu orang lain. Tak suka tgok ibubapa yg biarkan anak2 main sesuka hati, ibubapa main phone atau sembang2 sesama mereka.
ReplyDeleteyup..pengawasan ibu bapa memang perlu. bimbang berlaku yang tidak diingini. selain tu juga dapat eratkan bonding bersama anak kan best tu
DeleteBetul. Jangan hentikan dunia mereka. Dunia kanak2 mereka adalah bermain. Saya mmg galakkan anak sy bermain. Main bukan shj mempu
ReplyDeleteMeransangkan motor skill dll ttp juga sbg terapi
Yup, secara psikologinya bermain memang baik untuk perkembangan awal kanak-kanak..merangsang psikomotor dan lain2. Jangan stop mereka dari bermain
ReplyDeletekadang sebab penat so kita larang anak kita bermain sedangkan dia nak explore dan tengah sambung menyambung iq-nya. kadang datang rasa menyesal. tapi time marah tu sebab penat rasa aiiihhhh
ReplyDeleteperkongsian yang sangat bagus. semoga kita sama2 jadi parent yang terbaik dan lebih peka dengan perkembangan anak-anak
ReplyDeleteAnak - bermain = semulajadi.
ReplyDeleteTakkan ada anak kecil yg x suka bermain. So, kita kena folo lumrah semulajadi ni. Barulah perkembangan anak kita elok dan terbaik.
Dlm bermain ada pelajarannya juga.
setuju sangat tu. pembelajarn anak-anak bukan hanya pada asasnya buku je. banyak hal lagi. terutama dalam perbuatan mereka seharian.
ReplyDeleteSetuju sangat, rumah bersepah means kita ada anak yang aktif dan kreatif, kena sabar dalam tempoh pekerjaan mereka ni😁
ReplyDeleteKanak-kanak digalakkan bermain sebab salah satu cara memberi pendedahan dan bagi perkembangan otak kanak-kanak. Masa tu semua benda berhubung. Dari situ kite dapat tengok lihat kebolehan anak-anak kita.
ReplyDeleteKadang-kadang I cannot accept bila parents cakap alat permainan is a waste of money. Those educational toys are very good for development.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteKeseronokan bagi anak-anak adalah bermain. Saya suka beli mainan anak-anak. InsyaaAllah guna nanti. Hihi.
ReplyDelete