9 Langkah Mengatasi Jerebu



Diumumkan Acara Tahunan di Malaysia pada setiap bulan September. Opss lewat sikit maaf ya dah seminggu lebih baru siap entry.

Awie kata tragedi oktober, anis kata tragedi september.

Acar Jerebu lah, acara tahunan yang anis sebutkan tu. Perasan atau tidak acara ni berlaku setiap tahun pada bulan september.

Tak percaya cuba buat reminder dalam kalender telefon bimbit masing-masing.

Bagi yang duduk di kawasan bandar terutamanya mesti rasa terkesan dengan acara ini.

Kasihan pada anak kecil dan orang tua terutamanya yang mempunyai masalah melibatkan pernafasan dan jantung. Uish kalau mommy dady pernah pergi hospital lihat anak kecil yang mempunyai masalah kesihatan kesian sangat tau.

Sedia maklum jerebu merupakan pencemaran udara akibat dari pembakaran secara terbuka, asap industri, asap kenderaan dan sebagainya. 

Jadi anis nak kongsi langkah pencegahan kesan dari jerebu. Mommy dady ambil perhatian ya.


1. Banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Sebab masa jerebu ni tekak akan jadi kering, ada rasa nak batuk je.

2. Kerap mandi dan elakkan memakai pakaian tebal dan ketat serta berwarna gelap.

3. Sentiasa tutup pintu rumah bagi mengurangkan asap jerebu masuk ke dalam rumah.

4. Kualiti kebersihan di dalam rumah juga. Kini anis yakin sudah ramai yang mempunyai penapis udara, bagi yang belum ada banyak jenama sekarang boleh pilih.

Jika berkemampuan boleh pasang pendingin hawa dan penapis udara bercekapan tinggi bagi menapis partikel halus dan menghalang kemasukkan pencemaran udara dari luar.

5. Anis nasihatkan mommy dady dan anak-anak supaya elakkan aktiviti fizikal di luar rumah. Keluar rumah bila mempunyai keperluan saja.

Jika terpaksa keluar gunakan penutup mulut dan hidung yang bersesuaian, payung dan topi. Lepas tu sentiasa berada di dalam bangunan.

Pentutup mulut dan hidung jenis N95  yang bersesuaian untuk asap jerebu. Kenapa jenis N95 kerana mampu menapis partikel / habuk sehalus 0.3 mikrometer.

Teringat masa sekolah dulu, anis pakailah yang mask doktor pakai masa nak bedah orang. Sekarang dah tahu mask yang betul jadi boleh cari segera di farmasi berhampiran.

Sumber dari Public Health Malaysia

6. Bagi pengguna kenderaan boleh gunakan pendingin hawa dengan tetapan kitaran udara dalaman semasa memandu.

7. Mommy dady kena sentiasa awasi kesihatan anak dan mereka yang menghidap masalah respiratori dan jantung mudah terjejas bila terdedah dengan jerebu.

Kesan lain akibat pendedahan kepada jerebu seperti demam, batuk, selesema, sesak nafas dan alergik juga.

8. Khas kepada perokok dinasihatkan supaya tidak merokok semasa jerebu ni. Cuba fikir mudah, asap rokok berbahaya, asap jerebu juga berbahaya. Jika bergabung kedua-dua asap ni memang meletop yang terkena ahli keluarganya lah kan.

9. Bagi kawasan yang mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang berisiko tinggi, jika ada kelapangan boleh mengambil cuti diluar kawasan berjerebu.

Selamat beramal semua. Terima kasih membaca semoga bermanfaat untuk semua. Semoga Malaysia bebas dari acara ini untuk tahun yang akan datang, aamiin.

9 Comments

  1. perkongsian yang bermanfaat. moga kesihatan kita tidak terjejas hendaknya.

    ReplyDelete
  2. Thanks for sharing. Memang kena ingat petua-petua ini sebab jerubu selalu berlaku

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama2..ya aktiviti tahunan dah di Malaysia kan

      Delete
  3. Banyak minum air tu mmg sangat membantu. Sebab tekak asyik perit je sakit. Thanks anis share tips ni ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. panjang umur jumpa lagi dengan jerebu tahun depan

      Delete
  4. jerebu dah tak ada kan, perkongsian yang bagus .. senang nak refer lain kali.. salam singgah sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaahh dah tak ada da..alhamdulillah..tapi take note untuk tahun hadapan

      semoga bermanfaat 😊

      Delete
  5. Terima kasih kerana berkongsi langkah-langkah ni. Selain itu, kita juga terpaksa pasang aircond kat seluruh rumah kerana tak dapat buka tingkap.

    ReplyDelete