Kek Pandan Cheese Leleh Sedap


Kali ni anis akan kongsi kek kegemaran. Sebenarnya dah lama suka ada lah dalam setahun lebih.

Bila google tengok resipi kek pandan cheese leleh ni macam susah sikit nak buat jadi kita hold dulu lah. Haaa alasan sungguh laa, bila dah rajin macam ni anis beli aje.

Bukan beli setiap bulan, aci kan kalau nak makan sekali sekala tu beli aje. Hampa semua jangan ikut perangai M ni ok.

Selalu beli dengan seller ni, dah entah keberapa kali anis beli dengan ida (nama seller).

Pendapat anis memang rasa dan rupa kek dia pun sama je. Selain ida, ada juga beberapa seller kek pandan cheese leleh yang pernah anis beli tapi dengan ida juga sedap rasanya.

Cerita pasal kek dia ni kat lapisan tengah-tengah pun ada lapisan cream cheese dia. Topping atas kek tu pula dia taburkan cheese cheddar penuh.

Kek pun tak padat, cheese leleh padan dengan saiz kek. Tak sikit sangat, tak melimpah juga just nice orang kata.

Harga berpatutan RM 12 aje, caj COD ikut kawasan. Seller ni dia cover kawasan Kuantan. Kalau nak buat tempahan pun boleh cuma kena inform awal la. Kesian pada dia kalau short notice kan.

Sebenarnya seller ida ni macam-macam jenis makanan dia jual tapi takat ni yang sedap untuk anak tekak anis tu 3 jenis iaitu kek pandan cheese leleh, kek coklat cheese berhantu dan lasagna daging.

Apa yang macam-macam seller ida ni jual antaranya cheese tart, macaroni bakar, kuih raya (bila musim raya), kek red velvet dan meatball gravy.

Macaroni Bakar

Gravy Meatball

Kek Red Velvet

Cheese Tart

Gambar di bawah antara tempahan yang seller ida terima.




Bagi yang berminat boleh hubungi terus seller ida. Klik Order atau boleh lihat akaun FB dan Instagram seller ini.

FB : norhidayati mohd
IG : norhidayatimohd


8 Comments

  1. aida ada resepi. ada join pjj cheese leleh ni.
    hmmmm lom try pun lagi, anis nadia.
    tgk la nanti2 free hi hi hi hi hi...
    tapi yg western semua tu, aida rajin buat. mudah.
    bahan sentiasa ada dlm freezer :)
    cheese leleh ni biasa nyer beli jer. ada satu seller sini yg jual.
    buat by order, anis nadia. sedap ya Allah!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena.terus buat takut nanti lupa ilmunya. membaking ni ada tahu skill.

      sedap seller ni buat, rasa maintain je tu yang repeat tah berapa kalinya

      Delete
  2. Ya Allah, semuanya nampak sedap :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi..dengan niat untuk mengiurkan anak tekak..memang sedap seller ni buat maintain je rasa

      Delete
  3. Terima kasih atas recommendation ini! Saya nak cuba order ini dengan Ida dan kalau sedap saya ingin order untuk business saya dan dihantar dengan lori makanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama..boleh rasa dulu macamana..insyaAllah ukhwah boleh dipanjangkan

      Delete
  4. Replies
    1. boleh cuba..insyaAllah sama tekak dengan saya

      Delete