Kali ni anis akan kongsi kek kegemaran. Sebenarnya dah lama suka ada lah dalam setahun lebih.

Bila google tengok resipi kek pandan cheese leleh ni macam susah sikit nak buat jadi kita hold dulu lah. Haaa alasan sungguh laa, bila dah rajin macam ni anis beli aje.

Bukan beli setiap bulan, aci kan kalau nak makan sekali sekala tu beli aje. Hampa semua jangan ikut perangai M ni ok.

Selalu beli dengan seller ni, dah entah keberapa kali anis beli dengan ida (nama seller).

Pendapat anis memang rasa dan rupa kek dia pun sama je. Selain ida, ada juga beberapa seller kek pandan cheese leleh yang pernah anis beli tapi dengan ida juga sedap rasanya.

Cerita pasal kek dia ni kat lapisan tengah-tengah pun ada lapisan cream cheese dia. Topping atas kek tu pula dia taburkan cheese cheddar penuh.

Kek pun tak padat, cheese leleh padan dengan saiz kek. Tak sikit sangat, tak melimpah juga just nice orang kata.

Harga berpatutan RM 12 aje, caj COD ikut kawasan. Seller ni dia cover kawasan Kuantan. Kalau nak buat tempahan pun boleh cuma kena inform awal la. Kesian pada dia kalau short notice kan.

Sebenarnya seller ida ni macam-macam jenis makanan dia jual tapi takat ni yang sedap untuk anak tekak anis tu 3 jenis iaitu kek pandan cheese leleh, kek coklat cheese berhantu dan lasagna daging.

Apa yang macam-macam seller ida ni jual antaranya cheese tart, macaroni bakar, kuih raya (bila musim raya), kek red velvet dan meatball gravy.

Macaroni Bakar

Gravy Meatball

Kek Red Velvet

Cheese Tart

Gambar di bawah antara tempahan yang seller ida terima.




Bagi yang berminat boleh hubungi terus seller ida. Klik Order atau boleh lihat akaun FB dan Instagram seller ini.

FB : norhidayati mohd
IG : norhidayatimohd