Azam Kurus

Azam nak kurus setiap tahun renew paling tak pun target nak kurus masa raya, lepas raya lain cerita.

Itu biasalah azam nak kurus, tapi macamana kaedahnya tu. Ada benda mudah yang anis boleh kongsi kali ni. Sebab nak konsistant bukan mudah kan tapi apa-apa pun kena buat sesuatu tu kena berdisplin insyaAllah berjaya.

Untuk permulaan nak diet kena buat beberapa perubahan aje. Bila fikir mudah baru otak kata boleh.

1) Tukar air manis kepada AIR KOSONG

Kan digalakkan minum air kosong dengan banyak dalam sehari. Kalau setiap kali minum mesti kena minum air manis alamatnya kencing manis menanti mu.

2) Tukar nasi penuh dalam pinggan kepada NASI MANGKUK KECIL

Haa ni kan kita selalu lihat kalau makan kat kedai mesti dia bagi nasi dalam mangkuk kecik. Nak sihat kena displin, catu makan nasi lebihkan makan sayur. Ikut sunnah makan buah sebelum makan nasi. Jangan ikut barat makan buat lepas makan.

3) Tukar sayur goreng kepada ULAM

Kalau ni kita boleh ikut yang barat sikit makan banyak pun okey. Di barat dorang panggil salad siap dressing bagai, orang melayu panggil ulam je simple cicah budu, sambal belacan makan dengan nasi panas ummph!!

Di Malaysia aje banyak jenis ulam yang ada seperti ulam raja, pegaga, kacang botol, kaduk dan sebagainya. Nak awet muda banyakkan makan ulam taw. Kalau percaya amal lah.

4) Tukar ayam goreng kepada AYAM BAKAR

Cuba ingat menu orang berpantang dikatakan kurang atau tiada langsung kandungan minyak dalam makanan. Kalau makan ikan mesti ikan bakar, nak tumis pun tumis air aje.

Best apa makan yang bakar ke panggang ke sedaaapppp. Nanti jangan lupa ulam timun ya.


Siapa selalu tidur lambat mesti akan rasa lapar semula. Lepas makan malam selang sejam dua tu mesti rasa nak buat senama mulut kan. Ada jenis makanan yang perlu dielakkan sebelum tidur.

9 MAKANAN PERLU DIELAKKAN SEBELUM TIDUR

1) Kopi atau makanan dan minuman berkafien.

2) Makanan pedas.

3) Burger.

4) Coklat.

5) Dessert seperti ais krim, biskut.

6) Air soda atau air bikarbonat.

7) Keju.

8) Kentang goreng.

9) Bijirin.


Lihat semula 9 jenis makanan yang perlu dielak sebelum nak tidur tu anis boleh simpulkan adalah makanan tersebut mengandungi lemak dan gula yang tinggi.

Logik akal makan sebelum waktu tidur pasti tenaga yang dihasilkan tidak digunakan, jadi penggumpulan lemak akan terbentuk. Bahagian yang paling mudah kita lihat di bahagian perut.

Jadi kesimpulan diet dan senaman amat berkait rapat dalam menjalani hidup yang sihat. Jom le sama-sama hidup dengan sihat, bukan sahaja nak kurus tapi sihat.




2 Comments

  1. Untuk kuruskan badan kita juga mesti makan makanan terutamanya sayur dan buah-buahan yang segar yang dihantar dengan lori makanan dengan cepat. Terima kasih atas tips-tips yang sis kongsi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul..boleh cuba amalkan suku suku separuh.

      sama2 😊

      Delete