Tips Hilangkan Batuk Bayi dan Kanak-Kanak


Batuk, Selesema dan demam ni sejenis sakit yang selalu kena sepanjang tahun. Tak kisahlah sebab virus pembawaan ke cuaca ke memang tak boleh nak elak, tak boleh bawa bincang bila dah kena.

Kalau batuk rasa nak tercabut anak tekak, kalau selesema pula tredmark dia mesti hidung merah kesan hembus hingus. Lama-lama boleh melecet juga di bahagian tepi hidung.

Tak kisah la anak kecil atau orang dewasa, tapi yang mudah terdedah anak kecil lah sebab imunisasi mereka masih kurang jadi virus mudah menyerang. Oleh kerana itu jugalah mommy dady selalu kuarintin anak mereka jika anak tidak sihat.

Mommy & dady berusaha untuk elakkan dari terkena, tapi kalau dah tak sihat tu takkan nak dibiarkan melarat lama-lama kan.

Siapa tak sayang anak betul tak?

Jadi anis nak share lah sikit tips atau petua hilangkan batuk untuk bayi dan kanak-kanak.


1. Rehat Secukupnya

Mommy dady perlu mengelakkan bawa anak keluar ke tempat sesak dan ramai orang kerana dari situ juga terdapat pelbagai virus kemudian dipindahkan kepada kanak-kanak lain.

Selain itu, bila anak tidak sihat mesti perlukan rehat yang lebih dan lebih bagus jika dapat berehat di rumah. Jika kurang rehat nanti lambat pula nak sembuh kan. Bila lambat baik lambat nak boleh pergi jenjalan.


2. Tepuk Percussion

Sejenis tepuk untuk memudahkan pengeluaran kahak. Caranya dengan menepuk bahagian badan (depan dan belakang) dengan menggunakan tapak tangan yang melengkung.

tapak tangan melengkung



3. Mandi Lemon

Caranya sangat mudah letakkan beberapa hirisan lemon di dalam mandian anak. Bau lemon dipercayau dapat membantu mengeringkan hingus anak. 

Khasiat lemon juga boleh menurunkan suhu dan sesuai untuk batuk.


4. Urutan

Kajian menunjukkan dengan mengurut bayi mampu beri keselesaan kepada bayi.

Bayi yang selalu diurut juga sangat mudah dijaga kerana jarang meragam. Dengan urutan juga boleh mengeratkan lagi bonding di antara mommy dengan anak tau.

Siapa yang ada baby newborn boleh mula amalkan dari bayi lagi. Macam orang dewasa lah bila kena urut selalunya mesti nyaman je rasanya.


5. Sedut hingus

Mommy dady boleh menyedut hingus anak untuk cara yang lebih cepat. Sebab anak kecil belum pandai lagi nak keluarkan hingus sendiri.

Sekarang ada pelbagai produk untuk sedut hingus anak, nak yang separa manual, penyedut hingus automatik pun ada. 

Kalau anis guna penyedut hingus automatik. Senang saja cuma tekan on kemudian halakan muncung penyedut hingus ke dalam hidung. Seawal new born boleh guna jadi mestilah tak sakit kan.


6. Jaga Pemakanan

Pemakanan pun kena jaga juga tau mommy dady sekalian.

Jika anak menyusu sepenuhnya lagi kena jaga makan. Mommy boleh banyakkan makanan jenis sup-sup, boleh lah buat sup ayam atau daging dan paling penting sayur jangan lupa makan ya mommy.

Khasiatnya akan turun menghasilkan susu ibu yang lebih berkualiti dan sebagai penawar sakit anak.

Teruskan menyusu anak dengan lebih kerap walaupun anak sedang batuk atau selesema.


7. Guna CF Rub

Nak cara mudah dan pantas?

Mommy dady boleh ikhtiar dengan balm cf rub Tasneem Naturel sebagai rawatan alternatif kepada anak.

Senang saja cuma sapukan di point tertentu pada anak je. Nak tahu info lanjut berkenaan balm boleh klik CF RUB.

Balm ni diekstrak daripada bahan semulajadi seperti kulit kayu putih, tea tree, lemon dan crypress bagi meredakan batuk selesema anak.

PERINGATAN !!!

Jika ada tanda-tanda yang merisaukan mommy dady, bawalah anak anda berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut dengan segera.

Antara tanda yang perlu diberi perhatian ialah :- 

● batuk perpanjangan hingga muka bayi menjadi merah atau biru

● batuk selama seminggu atau lebih

● batuk bersama demam melebihi 3 hari

● pernafasan bayi nampak laju dan berbunyi

● bayi kelihatan letih dan kurang aktif seperti kebiasaan

● kurang menyusu

● sebarang tanda yang luar dari kebiasaan

Sekian tips dari anis. Jika mommy dady ada cara lain nak kongsi pengalaman, boleh la drop di bahagian komen. Biar sama-sama dapat belajar.

Jika bermanfaat boleh share entry kali ini. Sekian, terima kasih.

6 Comments

  1. terkenang time anak sulung aida umur 4 thn.
    dia masuk ward. demam panas. batuk berkahak. selsema.
    doktor ajar aida tentang tepuk percussion tu.
    tgn kita kena betul. if not, tepuk tepuk nanti gugur jantung anak :) ha ha ha ha...
    satu lagi, doktor ajar teknik urut yg betul.
    boleh memulihkan anak demam dgn cepat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, pengalaman mengajar kita sebagai mommy dady kan aida.

      teknik urutan tu macamana

      Delete
  2. Hadif pun kerap batuk dan selsema.. kesian tengok. baru baik da kena lagi. boleh la cuba cara salah satu diatas..tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. selain tu boleh juga kerap bg anak makan oren, insyaAllah membantu

      Delete