" Bersihkan tangan dulu sayang, nanti sakit perut ".
Pendek kata apa-apa yang kita buat nanti disudahi dengan membasuh tangan.
Terbaru anis nak kongsi, anak kawan disahkan kena rotavirus, dapat lah check in berapa malam kat hospital.
Al kisahnya, kawan bawa anak bermain kat restoran makanan segera tu ada sediakan play area sementara mommy dady makan. Seronok lah kan budak bermain, makan sambil main.
Nak dijadikan cerita kawan anis lupa nak basuh tangan dan pakaikan hand sanitiser pada anak. Selalunya kawan ni buat semua benda tu lagi-lagi bila pergi ke kawasan awam. Tapi entah hari tu boleh lupa pula.
Haa nampak tak mak kita yang selalu dok pesan tulah yang nampak berguna sangat. Nak sesal tak boleh dah, cumanya kita semua boleh ambil pengajaran disebalik perkongsian ini.
Alah lalukan tangan kat air lepas tu gosok-gosok sikit sudahlah kan? Uuissh silap tu, dia ada caranya bukan basuh gitu-gitu. Sebenarnya tak susah mana pun, bila dah jadi amalan mudah aje nak lakukan.
Boleh baca juga artikel ini https://mamilova.blogspot.com/2019/03/hand-sanitizer-tanpa-alkohol.html?m=1
Membersihkan tangan adalah cara yang paling mudah untuk mengurangkan risiko penyebaran jangkitan dan paling penting murah dan anis pasti cukup mudah untuk dilaksanakan.
Nak ceritanya basuh tangan ikut cara yang betul, tak susah pun. Nak senang ikut cara dalam gambar, tapi kalau nak cerita panjang baca sampai entry anis kali ni eh.
1. Basahkan tangan dengan air kemudian ambil sabun secukupnya untuk basuh tangan anda.
2. Kemudian boleh ratakan sabun pada tangan dan boleh gosok tapak tangan tekanan kuat sikit. Bukan apa seharian pegang macam-macam kan.
3. Lepas tu gosok pula setiap jari dan di celah jari awak semua.
4. Kemudian gosok kuku dan tapak tangan semula. Terbalik-terbalikkan tangan semasa membasuh jadi semua bahagian tangan terkena.
5. Gosokkan belakang tangan. Buat kedua-dua belah tangan ya.
6. Dah siap basuh tangan dengan air mutlak dengan secukupnya sampai sabun tidak tertinggal pada tangan.
7. Akhir sekali lapkan tangan dengan tuala atau tisu yang bersih. Lap kering-kering baru selesa.
Masa yang diambil untuk membasuh tangan dengan sempurna adalah 60 saat sahaja. Mudah aje kan nak basuh tangan dengan cara yang betul apa yang penting buat je.
Kesimpulannya balik kepada asas yang kerap diterapkan iaitu basuh tangan. Sebagai tambahan sila basuh tangan dengan betul.
Kesimpulannya balik kepada asas yang kerap diterapkan iaitu basuh tangan. Sebagai tambahan sila basuh tangan dengan betul.
4 Comments
Baik mak ☺️
ReplyDeleteoraite ibu ❤
Deleteaida salah sorang ibu yg sgt pentingkan anak cuci tgn.
ReplyDeletememang akan bebel la kalau diorang lewat cuci tgn.
sebab situ la punca penyakit, kan.
nampak remeh dan ringan, tapi bila dah kena, akibatnya sengsara!
yup betul, balik kepada asas yang selalu diterapkan aje.
Deletemacam hand sanitizer tu adalah perlindungan tambahan