Manggo Cheese Cake by KULA CAKE




Up dulu lah gambar kek.

Siapa yang datang ke Kuantan, Pahang Darul Makmur wajib beli manggo cheese cake ni.

Rasanya sedap sampai en suami pun suka bena. Anis kalau bertanding buat kek ni rasanya awal-awal dah kalah. Kalah sebab belum pandai.

Betul kek ni lain dari kebiasaan. Apa yang lainnya?? Lain lah bahagian atas kek tu ada hirisan mangga sejati bersama guletin kot sebab nak kekalkan tekstur bahagian atas kek.


Nampak ke tu lapisan setiap kek dalam gambar. Kalau tak nampak boleh order dengan anis. Anis secara rasmi dengan tiba-tiba jadi personel shopper manggo cheese cake KULA CAKE boleh direct wasap 0132663739.

Popularnya kek ni kawan dari KL pun mencari kek ni. Kula Cake ada juga jual kek-jenis lain, tetapi manggo cheese cake tetap menjadi dihatiku.

Apa lagi best pasal kek ni. Sos mangga dialah. Sos ni diletakkan atas kek ni. Haa kemain lagi sedapnya dimakan bersama-sama kek.

Kek ni juga boleh beli siap di makan ataupun sejukbeku. Kiranya siapa yang travel jauh-jauh tu dan lah sampai sebelum kek tu cair. Tau kan jangka hayat kek bukannya lama, lagi-lagi duduk kat luar peti.

Boleh beli sepotong, 1kg atau 500gm. Harga sepotong RM 8 aje, yang 1kg pula RM 90 aje.
Kalau family mertua anis selalu beli masa sambut birthday.

Satu lagi nak diingatkan, kalau pergi ke kedai KULA CAKE cawangan Jalan Besar Bandar Kuantan selalunya beratur panjang lagi-lagi hari weekend. Awak semua suka ke beratur panjang? Hehe tanya je kalau tak suka rancang ada pilihan.

Tapi janganlah gusar sebab KULA CAKE ni dah bergabung dengan restoran LILA WADI. Bagi sesiapa yang tak mahu beratur panjang boleh dapatkan manggo cheese cake popular ni kat restoran ni.

Baguslah jugakan pelanggan ada pilihan, tak de lah tertumpu satu tempat aje kan. Cuma kek di restoran tak banyak pilihan, tapi yang pasti kek manggo cheese ada.

Kedai Kula Cake yang anis maksudkan tu di Jalan Besar Bandar Kuantan tau. Kedai pun cantik view dia, nak ubah angin boleh cuba.


Simbolik kedai ni, kalau nak tahu kena datang la ke KUANTAN.

Ok semoga perkongsiaan ni dapat membantu penggemar kek cheese. Moh le kite ke Kotan. Uish orang pahang jangan marah kawan ya. Kawan cuba je, ada gaya udah ler.




2 Comments

  1. Sudah lama saya mencari Manggo Cheese Cake untuk restaurant saya! I love mango and cheese. Saya akan cuba cheese cake ini minggu ini. Saya juga sedang mecari lori makanan untuk restaurant saya jugak. Terima kasih dengan recommendation ini sis.

    ReplyDelete