Welcome 2019

BE NICE 2019

Selamat tahun baru, lewat sikit tapi masih dalam bulan Jan jadi kira boleh lah kan. Semoga tahun 2019 lebih cemerlang, gemilang dan terbilang dalam apa jua pekerjaan anda lakukan.

Kepada yang berniaga semoga lebih banyak wang dapat supaya lebih banyak zakat boleh bagi.

InsyaAllah, bila usaha dan niat dijalan yang betul Allah akan tolong. Fikir yang baik ya teman-teman.

Tahun 2018 untuk anis ada sedikit cabaran. Hidup tak ada cabaran pun tak syok kan. Lain orang lain dugaan nya.

Tahun 2018 naik pangkat sikit lah jadi mak anak dua dah, alhamdulillah. Dalam entry yang lepas anis ada mention yang anis ni sejenis yang sensitif semasa mengandung. Bukan ertinya manja tapi badan tak boleh lasak-lasak.

Masa mengandung kali ke-2 ni alahan biasa-biasa aje cuma lebih lama. Alahan memanjang tak ada selera, makanan kegemaran pun tak selera. Masa ni kan suami boleh kata nikmat Allah dah tarik, anis sabarkan aje.

Tapi hikmahnya dapatlah merasa tekak orang sakit yang selalu tak ada rasa aje. Makan pun tak kenyang asal alas perut je. Lagi satu best masa mengandung ni anis baru tahu yang milo ni sangat-sangat manis. Sebelum mengandung memang rutin minum milo pagi dan petang. Lepas tu insaf lah kejap.

Alahan selalu dalam 3bulan pertama je anis kali ni 5bulan. Alhamdulillah lepas tu sikit-sikit lah selera baru ok. Tapi berat pun tak naik sangat sampai berkilo-kilo. Kali ni naik dalam 3kilo aje, tu pun tak sampai 9bulan dah bersalin sudah.

Ingat lagi nak bersalin anak baru ni cerita panjang sikit. Anis sekeluarga dalam perjalanan nak balik Kuantan, balik malam lepas maghrib gitulah. Berhenti kejap kat RnR Temerloh, dah rasa lain macam contraction dalam 15minit sekali. Masa tu jam 9lebih lah.

Perut sudah mengeras, contraction semakin kerap dalam 5minit sekali. Haaa dapat bayangkan tak ni? Bayangkan anda dalam kereta menahan kesakitan nak bersalin. Masa contraction ni teknik pernafasan sangat-sangat penting supaya tak bersalin dalam kereta.

Suami dah panik! Anak menangis!

Semoga suami dan anak menghargai golongan ibu ya.

Alhamdulillah sempat melahirkan anak di hospital dengan kenangan menaiki ambulance. Nak cerita panjang sangat kita pendekkan ajelah cerita.

Masa ni dalam wad baru lepas bersalin. Dalam wad tu anis je anak tak ada disisi, sedih sikit. Anis dapat lawat anak lepas 3hari dilahirkan. Nak tengok sendiri tak lepas badan tak larat bena.

Anak lahir tak cukup bulan tau 7bulan minggu 29 sepanjang berpantang tu macam tak pantang lah sebab ulang alik ke hospital lawat anak lepas tu urus anak sulong sikit sebab anak tak nak dengan orang lain. Masa berpantang mak ada datang tolong jaga anis, terima kasih mama.

Alhamdulillah anak tiada masalah serius cuma lahir awal jadi duduk di wad NICU Hospital Ampuan Afzan selama 1bulan lebih kemudian dipindahkan wad biasa duduk dalam 2minggu lebih.

Stok susu untuk anak. Masa ni anak minum susu ikut tiub. Gambar dalam hospital tak dapat nak ambil banyak, ambik pun curi-curi.

Syukur, tepat umur anak 2bulan boleh balik rumah. Sekarang ni dah 6bulan. Syukur alhamdulillah atas kurniaan ini.

Terima kasih kepada staff nurse wad NICU HOSPITAL AMPUAN AFZAN KUANTAN.


0 Comments