Hebatnya anak EQ tinggi


Apa sebenarnya EQ ni? EQ ni adalah Emotional Intelligence ataupun disebut dengan Emotional Quotient.

Bahasa mudahnya yang kita boleh faham adalah bijak emosi.

Anak yang Bijak Emosi ( EQ ) akan lebih berjaya daripada anak yang Bijak Otak ( IQ) semata mata.

Percaya ke tidak? Ok anis bagi contoh situasi ya. Contohnya, selalu bergaduh atau mudah melenting. Pantang silap sikit dah angin satu badan.

Jangan tak tahu ada anak yang IQ tinggi tapi sayang EQ nya rendah. Kalau dah sedar boleh lah berubah dari sekarang, tak terlalu lambat untuk berubah kan kan.


Apa yang ditakutkan bila anak lemah EQ? Jangan pandang rendah kehebatan EQ tau.


🔷Anak jadi sangat negatif. Anak tak mampu tukar benda negatif jadi positif. Emosinya lemah, lagi-lagi kalau dilanda masalah. Takut jadi kes bunuh diri pula.

🔷Dia tak boleh bertahan ketika di alam pekerjaan nanti. Kalau bekerja pun dia akan jadi macam robot dan kurang sosial & negotiation skills

Susah nak bercampur dalam masyarakat duduklah dalam dunianya sendiri.

🔷Mudah stress dan mudah tertekan dengan kehidupan. Anak kita juga akan jadi keras kepala sebab dia tak boleh nak faham orang lain.

Kesannya juga dalam perhubungan dengan rakan sebaya, adik beradik dan keluarga. 

🔷Hidupnya akan jadi kucar kacir sebab walaupun IQnya mungkin tinggi tapi dia akan kurang berjaya dalam hidupnya bila EQnya lemah

Haa kan dalam islam pun galakkan biar seimbangkan dalam segala hal. Contoh makanan lah kita ambil coklat. Coklat ni kan makanan yang boleh legakan stress tapi dengan kuantiti tertentu, tapi kalau ambil secara berlebihan jadi gemuk laah kan silap-silap obesiti pulak.

NAK ANAK HEBAT EQ???

Caranya mudah saja janji buat pasti sampai.

❤Didik anak kenal emosi & dirinya sendiri ( self awareness )

👉Contoh bila jatuh akan rasa sakit. Orang selalu kata nak faham kena merasai kan.

❤Didik anak urus & kawal emosinya sendiri ( managing emotions )

👉Macam-mana nak kawal emosi bila mainan febret diambil orang.

❤Didik anak memotivasikan dirinya sendiri ( self motivation )

👉Selalu pesan kalau jatuh kena bangun. Contoh lain kakak kan kuat.

❤Didik anak untuk pandai berkawan dan berinteraksi dengan orang lain (handling relationship)

👉Selain di sekolah, boleh juga selalu bawa anak di tempat umum seperti taman permainan ke atau bawa ke rumah saudara biar anak bergaul dan bermain bersama-sama dengan rakan sebaya.

Anak-anak kecil lagi bosan juga kalau asyik main orang tua.

❤Didik anak kenal emosi orang lain juga sifat empati (empathy)

Haa..ni pun senang juga ambil yang simple perkara dekat dengan kita. Boleh cuba bila lihat orang lebih susah dari kita.

👉Atau contoh paling dekat ada episod kartun Omarhana tu, ada seorang kawan omarhana tiada tangan tapi dia happy dan boleh buat pelbagai aktiviti seperti bermain alat muzik dan sebagainya.

Ibu ayah boleh lah cuba cara ni. Jomlah jadi ibu ayah yang terbaik. Anak-anak belajar dari penglihatan kan. Jom amalkan sama-sama. 

Semoga ibu ayah sekalian menjadi ibu ayah yang dirahmati dan dipermudahkan urusan.

0 Comments