Ganti kek birthday kepada MUFFIN PISANG

Kreatifnya bila menjadi seorang ibu ni. Mana tak nya kena jadi seorang yang gigih nak bagi anak makan makanan yang sihat.

Pada mata yang kasar sihat bermaksud makanan yang jumlah gula buatan kurang atau tiada langsung, tidak menggunakan bahan perasa atau MSG.

Orang kata air tangan ibu ni powerful, betul ke? Yaaa betul. Kalau goreng telur kosong pun sedap.

Mak pesan pemakanan yang sihat bermula dari rumah. Jom sama-sama amalkan budaya sihat yang semakin dilupakan.

Ok hari ni anis akan kongsikan cara si ibu ni meraikan hari ulang tahun kelahiran anak sulung nya.

Sumber dari laman sosial si ibu gigih Nur Fadzilah.

Taaddaaaaa..Ni gambar selepas membakar. Selera tak?

Sekarang anis akan kongsi bahan-bahannya.

3biji pisang ranum
1biji telur
1 1/2 cawan tepung unbleached
1 sk bikabonat soda
1 sk baking powder
1/3 cawan unsalted butter cair
1 sk essen vanila
Cup muffin
Boleh juga nak tambah puree kurma untuk tambah manis atau kismis sebagai hiasan.


Anis screenshoot kan cara-cara nak buat muffin pisang ni ya. Selamat mencuba ya ibu-ibu gigih.

SEMOGA BERJAYA 


2 Comments

  1. Muffin pisang ni nampaknya sedap! Pisang yang segar mestilah dibeli dari pasar pagi sebab buah-buahannya dihantar dengan lori makanan setiap hari. Saya akan cuba resipi ini dan harap kawan saya akan suka dengan muffin pisang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. menu sihat untuk anak boleh cuba 😊

      Delete